BAB 2: UNSUR PERDAGANGAN


Maksud Perdagangan   

–         agihan barang

–         daripada pengeluar ke pengguna

Maksud Perniagaan  

–         jual beli barang

–         dapat untung

Perbezaan Perdagangan dengan Perniagaan

PERDAGANGAN

PERNIAGAAN

1.  merupakan cabang pengeluaran 1.  merupakan cabang perdagangan
2.  agih barang 2.  beli dan jual barang
3.  tujuan agih barang 3.  tujuan dapat untung
4.  daripada perniagaan dan bantuan perniagaan 4.  terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa

Peranan Bank  

–         Ada kemudahan pembayaran seperti cek, pindahan kredit

–         Ada  kemudahan simpan wang seperti akaun simpanan, akaun semasa

–         Beri modal melalui pinjaman / overdraf

–         Beri khidmat nasihat

–         Lain-lain perkhidmatan seperti:

  • pertukaran matawang asing
  • cek kembara
  • peti simpanan selamat

Peranan Insurans  

–         Beri perlindungan daripada risiko yang boleh diinsuranskan seperti kebakaran, kecurian, kemalangan

–         Bayar premium-dapat gantirugi dan dapat memulihkan kepada kedudukan asal

–         Berniaga lebih yakin dan berani kembang perniagaan

–         Wujudkan peluang perniagaan

–         Contoh insurans: insurans kebakaran, insurans kecurian

 

Peranan Pengangkutan  

–         Bawa barang dari tempat lebih ke tempat kurang selaras permintaan dan penawaran stabilkan harga

–          Edar barang ke merata dunia pasaran lebih luas pilihan pengguna banyak

–          Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah

–          Galakkan pengeluaran secara besar-besaran

–          Elakkan pembaziran

–         Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh

–         Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang

–         Galakkan pertumbuhan ekonomi bagi mewujudkan peluang pekerjaan, mengurangkan kadar pengganguran, meningkatkan taraf

hidup masyarakat serta meningkatkan pendapatan negara

–         Galakkan penyebaran sains dan teknologi

–         Galakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan

 

Peranan Pergudangan  

–         Pengeluaran besar-besaran berterusan

–         Simpan bekalan berlebihan agar bekalan berterusan

–         Selaraskan permintaan dan penawaran bagi menstabilkan harga

–         Kerja akhir dapat dilakukan seperti menimbang, membungkus.

–         Penyetoran sejuk elakkan barang rosak seperti daging, buahan

–         Lindungi risiko kecurian / selamat

–         Sedia tempat pamer barang, boleh periksa barang sebelum beli dengan adanya Gudang Bayar dan Bawa

–         Gudang berbon mudahkan aktiviti impot dan ekspot

 

Peranan Promosi 

–         Perkenalkan barang

–         Beri maklumat agar pengguna mudah pilih

–         Wujudkan permintaan (pujuk pengguna beli)

–         Tingkatkan daya saing

–         Didik orang ramai guna barang

–         Tingkatkan jualan / untung

–         Tingkatkan imej barang / syarikat

–         Meluaskan pasaran

 

Peranan Komunikasi  

–         Hubungi pembekal / pelanggan secara lisan (telefon, radio) dan tulisan (surat, telegram)

–         Sampaikan maklumat / pesanan

–         Hantar dokumen / bayaran kepada pembekal

–         Urusniaga cepat melalui  teleks , telefon

–         Agihan tepat pada masanya

–         Memudahkan promosi serta meningkatkan jualan / untung

–         Luaskan pasaran

–         Mudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan

–         Kurangkan risiko kerugian / kerosakan

Perkaitan antara Pengeluaran , Perdagangan dan Perniagaaan  

–         Pengeluaran hasilkan barang dan perkhidmatan untuk puaskan kehendak manusia

–         Pengeluaran libatkan faktor pengeluaran seperti  buruh, modal, tanah dan usahawan

–         Barang perlu agihkan ke pasaran, maka ia perlukan perdagangan

–         Perdagangan ialah proses agih barang dari pengeluar kepada pengguna

–         Proses agihan dilakukan oleh perniagaan dan bantuan perniagaan

–         Perniagaan ialah aktiviti jual beli untuk dapat untung

–         Bantuan perniagaan terdiri daripada bank, promosi, pergudangan, insurans, pengangkutan dan komunikasi

–         Perniagaan adalah cabang perdagangan

–         Perdagangan adalah cabang pengeluaran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s