BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK


KEPERLUAN
KEHENDAK
  • Mesti dipenuhi untuk terus hidup
Makanan,Pakaian, Rumah
  • Untuk hidup dengan lebih selesa
Kereta, tilam,TV
  • Sama untuk semua orang
  • Berbeza ikut taraf hidup
  • Tuntutan semulajadi
  • Dari pengalaman
  • Mudah dipuaskan
  • Tidak terhad
  • Mengikut peringkat -Maslow
  • Tiada keutamaan
KEPERLUAN MENGIKUT HIERARKI MASLOW
Boleh dibahagi kepada 3 peringkat iaitu Keperluan Rohani,   Keperluan Sosial dan  Keperluan Fisiologi.
  1. Keperluan Fisiologi
Pada tahap ini manusia ada 2 keperluan
    1. Keperluan Asas – udara, makan,minum,tidur, rehat,kesihatan
    2. Keperluan Keselamatan – perlindungan –pakaian, tempat tinggal
  1. Keperluan Sosial
Ada 2 keperluan pada tahap ini.
    1. Keperluan Kasih Sayang – persahabatan, keluarga
    2. Keperluan Penghargaan – pujian dan sanjungan
  1. Keperluan Rohani
Tahap paling tinggi – agama, capai cita-cita
Juga dipanggil sempurna kendiri

PENGELUARAN

Pengeluaran – aktiviti menghasilkn barangan untuk memenuhi keperluan

                          dan kehendak

–      proses mencipta nilai faedah
NILAI FAEDAH
  • Nilai Faedah Bentuk
– Megubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna
  • Nilai Faedah Masa
– Menyimpan barang hingga diperlukan
  • Nilai Faedah Milikan
 Tukar milik kepada yang lebih memerlukan
  • Nilai Faedah Tempat
– Pindah barang ke tempat yang mempunyai permintaan
JENIS PENGELUARAN
Pengeluaran Langsung – sara diri
Pengeluaran tak langsung  – perlu bantuan pihak lain
CABANG PENGELUARAN
  • Perusahaan – Ekstraktif, Perkilangan, Pembinaan
  • Perdagangan
  • Khidmat Langsung
FAKTOR PENGELUARAN
  • Tanah – bahan mentah/galian/hasil hutan
  • Buruh – usaha manusia  secara fizikal/mental
  • Usahawan – menggabungjalin faktor pengeluaran
  • Modal – Harta benda,sumber kewangan

 USAHAWAN

Usahawan – individu yang menggabungkan 4 faktor pengeluaran bagi megeluarkan barangan.
CIRI USAHAWAN:
1.    Kreatif – berupaya mencipta
2.    Inovatif – boleh mengubah suai
3.    Berani menghadapi risiko
4.    Berkebolehan mengurus
5.    Rajin
6.    Yakin
7.    Berjimat
8.    Tabah
9.    Berusaha
10. Bertanggung jawab
11. Berpandangan jauh
12. Bijak merebut peluang
13. Membuat keputusan yang bijak

 

PERANAN USAHAWAN

1.    Memenuhi keperluan dan kehendak mesyarakat dengan  mencipta barang baru
2.    Mewujudkan peluang pekerjaan
3.    Meningkatkan taraf hidup
4.    Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
5.    Menggerakkan pertumbuhan ekonomi
6.    Menggalakkan pertukaran wang asing

BEZA PENIAGA DAN USAHAWAN

PENIAGA

USAHAWAN
  • Menjalankan aktiviti jual beli sahaja
  • Melipiti penciptaan dan pengubahsuaian barang
  • Matlamat untuk untung sahaja
  • Sebahagian untung disalur kepada masyarakat
  • Memenuhi keperluan pelanggan setempat sahaja
  • Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dan pasaran yang lebih luas.
                                                                                     

SISTEM BARTER

  • Aktiviti barang tukar dengan barang
  • Tidak gunakan wang atau orang tengah

SYARAT SISTEM BARTER

  • Kemahuan serentak
  • Ada lebihan barang
MASALAH SISTEM BARTER
  • Sukar mendapatkan kemahuan serentak
  • Sukar tetapkan nilai barang
  • Sukar tetapkan kadar pertukaran
  • Sukar membahagi barang – contohnya barang hidup
  • Barang tidak tahan lama
  • Sukar mengangkut barang- jika saiz besar/banyak
MAKSUD PENGKHUSUSAN
  • Melakukan kerja ikut kemahiran/kebolehan
  • Bagi memenuhi keperluan dan kehendak
JENIS PENGKHUSUSAN
  1. Pengkhususan mengikut profesion
    • Kerja berdasarkan pengetahuan – cth: Guru,doktor,polis dll
  1. Pengkhususan mengikut proses
    • Pembahagian kerja dikilang
    • Pengeluaran dibahagi kepada beberapa proses
    • Cth: pasang pintu, pasang kusyen, sembur cat dll
  1. Pengkhususan mengikut kawasan
    • Perbezaan jenis pengeluaran mengikut kawasan dalam negara
    • Cth: Pontian – Nanas, Kedah – padi , P.Pinang – Kilang
  1. Pengkhususan antarabangsa
    • Perbezaan pengeluaran antara   negara
    • Cth: Brunei- minyak, Jepun – barang elektronik

KELEBIHAN PENGKHUSUSAN

  • Meningkatkan pengeluaran
  • Menggalakkan pengeluaran besar-besaran/menikmati ekonomi bidangan
  • Meningkatkan kualiti
  • Mengurangkan kos buruh dan kos seunit barang
  • Jimat masa dan tenaga kerana guna mesin
  • Meningkatkan kemahiran
  • Boleh menumpu pada bidang yan ada kebolehan
  • Meningkatkan peluang pekerjaan

KEKURANGAN PENGKHUSUSAN

  • Pekerja mudah bosan
  • Hanya mahir dalam satu proses pengeluaran
  • Tidak kreatif
  • Susah berpindah ke pekerjaan lain
  • Kos beli mesin mahal
  • Saling bergantungan satu proses dengan yang lain
  • Boleh tergendala jika satu proses terhenti
  • Kos latih pekerja mahal
  • Penggangguran naik kerana banyak guna mesin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s