PERNIAGAAN RUNCIT

FUNGSI PERUNCIT

1.    MEMECAHKAN PUKAL

  • menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada pengguna akhir.

2. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KREDIT

  • kepada pelanggan tetap

3. PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN

  • menghantar barang ke rumah

4.    MEMBERI KHIDMAT NASIHAT DAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT

  • cita rasa dan sambutan pengguna – berguna kepada pengeluar – mutu produk
  • menasihati pengguna – mutu, harga dan cara guna serta produk terbaru

5. MENDIRIKAN PREMIS PERNIAGAAN BERHAMPIRAN PELANGGAN

  • mudah dikunjungi  – menjimatkan kos pengangkutan dan masa.

6. MENGURUS STOK

  • memastikan bekalannya sentiasa mencukupi

7.    MELAKUKAN KERJA-KERJA AKHIR

  • menggred, menimbang, membungkus

8. MENGAGIHKAN BARANG-BARANG

  • berperanan sebagai orang tengah antara pengguna dengan pemborong atau pengeluar

Jenis Perniagaan Runcit

  • perniagaan runcit terdiri drpd perniagaan runcit kecil-kecilan dan besar-besaran.
  • perniagaan runcit kecil-kecilan terdiri drpd peruncit tanpa kedai dan berkedai
  • peruncit tanpa kedai terdiri drpd penjaja dan pegerai
  • peruncit berkedai terdiri drpd pekedai am dan pekedai khusus
  • perniagaan runcit besar-besaran pula terdiri drpd pasar raya, gedung aneka jabatan, pasar raya besar, kedai sejaras dan koperasi runcit
  • bentuk lain peruncitan terdiri drpd mesin peruncitan automatik, pesanan mel, francais, jualan langsung, e-dagang, televisyen interaktif dan kedai katalog.

Contoh Jenis Perniagaan Runcit Kecil-kecilan 

Perniagaan runcit tanpa kedai

  • tidak mempunyai premis tetap.
  • bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
  • berbentuk milikan tunggal.
  • perlu dapatkan lesen daripada kerajaan tempatan
  • terdiri drpd pegerai dan penjaja
  • Pegerai – gerai kecil di suatu lokasi yang tetap – di kaki lima, pasar besar
  • Terdiri drpd gerai tetap dan gerai sementara.
  • Penjaja – secara bergerak dari satu tempat ke tempat lain
  • berjalan kaki atau berkenderaan.
  • contoh – penjual ais krim dan roti.

Peruncit berkedai

  • beroperasi di premis tetap.
  • di kampung atau bandar besar.
  • berbentuk milikan tunggal atau perkongsian.
  • mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan,
  • dan lesen perniagaan daripada kerajaan tempatan
  • Kedai am – kedai yang menjual pelbagai jenis barang.
  • Contohnya, kedai runcit
  • Kedai khusus – kedai yang menjual satu jenis atau sekumpulan barang atau menyediakan perkhidmatan khusus.
  • Contoh kedai khas ialah kedai buku Popular atauKedai gunting rambut

CIRI PERNIAGAAN RUNCIT KECIL-KECILAN

Ciri-ciri Perniagaan runcit kecil-kecilan

1. MODAL YANG KECIL

  • diperoleh daripada simpanan peruncit sendiri atau pinjaman daripada ahli keluarga, sahabat handai dan bank

2. DIMILIKI OLEH SEORANG PENIAGA ATAU BERKONGSI.

  • Urusan perniagaan – dikawal oleh pemilik sendiri.
  • menikmati pelbagai faedah seperti semua keuntungan
  • cukai pendapatan yang dikenakan rendah

3. MUDAH DITUBUHKAN

  • tidak terdapat banyak peraturan
  • memerlukan modal yang kecil
  • perlu mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan,
  • dan lesen perniagaan daripada kerajaan tempatan

4. MUDAH DIURUS

  • kerana saiznya yang kecil
  • dikendalikan oleh pemilik sendiri, ahli keluarganya atau pembantu

5. LOKASI PERNIAGAAN

  • berdekatan tempat tinggal pelanggan
  • menjual dari pintu ke pintu

6. LAYANAN PERIBADI

  • penghantaran barang ke rumah, pembaikan dan pemasangan barang

7. KOS OVERHED YANG RENDAH

  • tidak perlu membayar sewa, cukai perniagaan yang tinggi atau iklan yang mahal.

PERNIAGAAN  DIJALANKAN SECARA KECIL-KECILAN KERANA :

  • Modal kecil
  • Mudah ditubuhkan
  • Mudah diurus
  • Mudah dikunjungi pelanggan
  • Murah kos overhed

PERUNCIT BESAR-BESARAN

Maksud Peruncit Besar-besaran ialah :

  • perniagaan runcit yang beroperasi dalam skala yang besar
  • terletak – kawasan bandar.
  • berbentuk – syarikat berhad dan bermodal besar.
  • Modal– besar, dikumpul melalui terbitan syer
  • Penubuhan – rumit, Akta syarikat 1965
  • Belian – membeli stok secara pukal terus daripada pengeluar.
  • Jualan – tunai, elak hutang lapuk
  • Pengurusan – lebih rumit dan sukar – saiz organisasi yang besar – di bawah kakitangan profesional – pengkhususan, teknologi – moden.
  • Kemudahan – untuk keselesaan pelanggan – iringan muzik, tandas, hawa dingin.
Ciri-ciri Perniagaan runcit besar-besaran

Perbezaan perniagaan runcit kecil-kecilan  dgn perniagaan runcit besar-besaran ialah :

  • Modal
  • Pemilikan
  • Penubuhan
  • Pengurusan
  • Cara belian
  • Cara jualan
  • Layanan
  • Lokasi
  • Kos overhed
  • Perkhidmatan lepas jualan
  • Kemudahan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s