TEKNIK SKOR CEMERLANG

 

TEKNIK SKOR CEMERLANG PERDAGANGAN A1

1. Kuasai bab-bab penting
– Mahirkan semua tajuk-tajuk dalam sesuatu bab yang penting.Jadikan anda pakar dalam bab-bab tersebut.Maknanya,apa sahaja soalan dari bab-bab berkenaan,anda boleh jawab. – Selepas anda menguasai sesuatu bab, uji kefahaman anda dengan mengumpulkan semua soalan dari bab tesebut dan cuba jawab.Kumpulkan soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas untuk menbiasakan diri dengan soalan-soalan SPM.

2. Beri penekanan pada tajuk-tajuk yang penting dan dah lama tak keluar – Bagi bab-bab lain, tumpukan kepada tajuk-tajuk yang sering keluar atau lama tak keluar. – contohnya: Dokumen dalam negeri atau pemasaran

3. Buat nota ringkas bagi nota yang diberikan guru atau dari buku rujukan – Buat nota poket atau peta minda,yang mudah dibawa ke sana-sini – Nota ini penting menjelang peperiksaan untuk dibaca sepintas lalu – Pembacaan buku rujukan atau nota panjang pada saat akhir,hanya membuatkan anda panik malah boleh menghilangkan memori anda tentang sesuatu perkara.

4. Belajar secara berkumpulan – ini untuk mengelakkan boring belajar sendiri atau sering tertidur – apa yang anda boleh buat:- 1. Buat nota ringkas atau bandingkan nota ringkas anda dengan kawan-kawan 2. Buat kuiz dan latih tubi Timbulkan persaingan antara satu sama lain.

3. Kumpulkan soalan-soalan ikut bab dan cuba jawap .Bandingkan jawapan anda dengan kawan-kawan anda.


KENAPA MESTI SKOR CEMERLANG DALAM MATAPELAJARAN PERDAGANGAN

1. Untuk memperbanyakkan bilangan A..terutama A1.

2. Menepati syarat kemasukan ke Matrikulasi Ekonomi/Pengurusan
Mengikut syarat-syarat kemasukan ke IPTA dalam buku panduan UPU , antara mata pelajaran yang diambil kira ke matrikuslasi ialah matapelajaran Perdagangan. Anda mesti skor A1,A2 atau C3. (Juga mesti kredit dengan baik dalam Matematik dan Bahasa Inggeris)

3. Asas pemilihan pelajaran subjek Pengurusan Perniagaan STPM
Bagi pelajar yang ke Tingkatan 6, mata pelajaran perdagangan membolehkan mereka memilih subjek Pengurusan Perniagaan STPM.

BAB-BAB PENTING.

1. Bab 1 & Bab 2 ( Bergilir setiap tahun atau disoal bersama).
2. Bab 3 & Bab 4 ( Bergilir setiap tahun atau disoal bersama).
3. Bab 7 – Perniagaan Luar Negeri.
4. Bab 9 – Bank dan Institusi Kewangan.
5. Bab 10 – Insurans.
6. Bab 11 – Promosi.
7. Bab 12 – Pengangkutan.
8. Bab 15 – Keusahawanan.
9. Bab 16 – Pelaburan.

Sukatan Matapelajaran Perdagangan Tingkatan 4
BAB 1
Asas Kepada Perdagangan
1.1 Keperluan dan Kehendak Manusia
1.2 Pengeluaran
1.3 Faktor-faktor Pengeluaran
1.4 Pengkhususan
1.5 Sistem Barter

BAB 2 Unsur Perdagangan
2.1 Maksud Perdagangan

BAB 3 Perniagaan Dalam Negeri
3.1 Perniagaan Dalam Negeri
3.2 Saluran Agihan
3.3 Perniagaan runcit
3.4 Perniagaan Borong
3.5 Dokumen Perniagaan dalam negeri
3.6 Kaedah Jualan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s