KENANGAN BERSAMA PROF.N.S RAJENDRAN

Prof DR.N.S Rajendran akan mengakhiri perkhidmatan sebagai pensyarah di Upsi  pada hari jumaat ini 18/05/2012 dan akan memulakan tugasannya di Jabatan Kementerian Pendidikan dan menjadi Setiusaha Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Bin Abdul Razak. Sambutan Khas oleh pelajar Dpli Kumpulan U telah diadakan bagi menghargai sumbangan dan jasa beliau kepada kami. Kami mengadakan sedikit  jamuan ringkas terakhir bersama beliau.Kami akan mengenang jasa beliau,semangat beliau sebagai pendidik dan motivasi yang tak lekang diberikan akan kami kenang dan adaptasikan di sepanjang kehidupan kami pada hari ini dan akan datang.Terima kasih prof 🙂

SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”

Terima Kasih Cikgu…‎”Bahawasanya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumi-Nya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia ” (Riwayat Tarmidzi, Katanya Hadis Gharib)
– SELAMAT HARI GURU kepada semua !!!!!!-

PERNIAGAAN BORONG

FUNGSI PEMBORONG KEPADA PENGELUAR IALAH :

1. Membeli stok secara pukal dan memecah pukal

  • membolehkan pengeluar melakukan pengeluaran barang secara besar-besaran & mendapat modal pusingan cepat
  • menjimatkan kos pengeluaran kerana kerja pembungkusan dan upah pekerja ditanggung oleh pemborong

2. Mengurangkan kos pergudangan

  • menyediakan kemudahan pergudangan sendiri bagi menyimpan stok pukal yang dibeli
  • barang keluarannya tidak disimpan lama.

3. Mengurangkan kos pengangkutan

  • memiliki kemudahan mengangkut barang yang dibeli ke gudangnya.
  • tidak perlu menyediakan kenderaan sendiri

Continue reading

BANK SOALAN

SOALAN

Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2000, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2000, Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2001, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2001, Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2002, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2002, Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2003, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2003, Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2004, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2004, Ting 4, Terengganu
Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2008, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2008, Ting 4, Terengganu
Kertas 2, Pertghn Tahun 2010 Ting 4, Terengganu

Kertas 1, Pep Akhir Tahun 2010, Ting 4, Trg

Kertas 2, Pep Akhir Tahun 2010, Ting 4, Trg

BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK


KEPERLUAN
KEHENDAK
  • Mesti dipenuhi untuk terus hidup
Makanan,Pakaian, Rumah
  • Untuk hidup dengan lebih selesa
Kereta, tilam,TV
  • Sama untuk semua orang
  • Berbeza ikut taraf hidup
  • Tuntutan semulajadi
  • Dari pengalaman
  • Mudah dipuaskan
  • Tidak terhad
  • Mengikut peringkat -Maslow
  • Tiada keutamaan
KEPERLUAN MENGIKUT HIERARKI MASLOW
Boleh dibahagi kepada 3 peringkat iaitu Keperluan Rohani,   Keperluan Sosial dan  Keperluan Fisiologi.
  1. Keperluan Fisiologi
Pada tahap ini manusia ada 2 keperluan
  1. Keperluan Asas – udara, makan,minum,tidur, rehat,kesihatan
  2. Keperluan Keselamatan – perlindungan –pakaian, tempat tinggal
  1. Keperluan Sosial
Ada 2 keperluan pada tahap ini.
  1. Keperluan Kasih Sayang – persahabatan, keluarga
  2. Keperluan Penghargaan – pujian dan sanjungan
  1. Keperluan Rohani
Tahap paling tinggi – agama, capai cita-cita
Juga dipanggil sempurna kendiri

Continue reading

BAB 4 : PERNIAGAAN ANTARABANGSA.

1. Maksud Perniagaan Antarabangsa.

• kegiatan jual beli antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain.

• ia terdiri daripada tiga cabang utama iaitu import, eksport dan entrepot.
• Ketiga-tiga dikategorikan kepada dua jenis iaitu nyata dan tak nyata.

2. Faktor Wujudnya Perniagaan Antarabangsa.

– Perbezaan sumber alam semulajadi.
• sumber alam, jenis iklim dan tanah yang dikurniakan berbeza
• sebuah negara mengimport barang yang tidak dapat dikeluarkan olehnya

– Perbezaan kos pengeluaran.
• sebuah negara menumpu kepada pengeluaran barang yang dihasilkan dengan kos paling minima berbanding negara lain.
• barang yang tidak dapat dihasilkan secara efektif akan diimport

– Perbezaan tingkat teknologi
• Tingkat teknologi yang tinggi membolehkan proses pengeluaran dilakukan dengan kos lebih rendah dan menghasilkan produk berkualiti tinggi.

– Hubungan antarabangsa.
• interaksi antara negara mewujudkan kehendak serentak antara pembeli dan penjual.
• hubungan diplomatik mewujudkan perniagaan antara negara-negara di dunia

3. Kepentingan Perniagaan Antarabangsa Kepada Pengguna, Pengeluar dan Negara

– Kepentingan Kepada Pengguna

• Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
– sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang untuk
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang tidak terhad.
– Barang yang tidak ada dalam negara perlu diimport.

• Mempelbagaikan pilihan pengguna.
– Setiap pengguna mempunyai cita rasa yang berbeza.
– Pilihan pengguna tidak lagi terhad kerana banyak jenis barangan di
pasaran.
• Kewujudan barang berkualiti pada harga rendah.
– Pasaran yang lebih luas membolehkan pengkhususan diamalkan dan pengeluaran skala besar dijalankan.
– Kos pengeluaran diminimumkan dan harga lebih rendah.
– Barangan import lebih bermutu dipasarkan yang mendorong pengeluar tempatan
– meningkatkan mutu keluarannya untuk bersaing.
– Pengguna dapat menikmati barang berkualiti tinggi pada tahap harga yang rendah.
Continue reading

TUTORIAL 1

UJIAN BERKALA 1
PERDAGANGAN TINGKATAN 4
MASA: 1 JAM
Jawab semua soalan

1. Pernyataan yang manakah menerangkan keperluan fisiologi mengikut keperluan Abraham Maslow?
A Mendapat penghargaan
B Memerluakan kepuasan
C Memerlukan kasih sayang daripada orang lain
D Menikmati kemudahan kesihatan

2. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan keperluan manusia?
A Untuk meningkatkan status hidup
B Untuk hidup lebih selesa
C Terlalu rumit dan pelbagai
D Dapat disusun mengikut keutamaan

3. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan kehendak manusia?
A Untuk meneruskan kehidupan
B Boleh dibahagikan kepada tiga tahap
C Sama bagi semua lapisan masyarakat
D Berbeza berdasarkan taraf hidup manusia

4. Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi kehendak manusia?
A polisi kerajaan
B Keperluan rohani
C Tingkat pendapatan
D Pengeluaran langsung

Continue reading